Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta yang terpilih sebagai 15 Video Terbaik dalam Pertandingan Video Kreatif Budaya Komuniti Rabbani (K-RABB) Siri 3/2025 atas kreativiti dan penghayatan nilai yang dipamerkan melalui karya masing-masing.
Pemilihan ini dibuat berdasarkan penilaian menyeluruh merangkumi kreativiti, mesej dan keselarasan dengan tema pertandingan. Senarai nama yang dipaparkan adalah mengikut turutan borang penyertaan dan bukan mengikut kedudukan pemenang.
Kedudukan rasmi pemenang akan diumumkan dalam Majlis Pengisytiharan Pemenang pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Terima kasih kepada semua peserta atas penyertaan yang amat membanggakan dan semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus berkarya dan menyumbang kepada pemerkasaan budaya komuniti Rabbani.

