Bidang Kompetensi

 

ILDAN memberi tumpuan kepada pembangunan kompetensi holistik dalam kalangan penjawat awam, pemimpin organisasi dan anggota masyarakat melalui enam bidang utama berikut:

Kepimpinan

Memperkasa nilai dan kemahiran kepimpinan berintegriti berteraskan wahyu, melahirkan pemimpin yang berketrampilan dalam membuat keputusan, mengurus pasukan dan memacu hala tuju organisasi.

Pendidikan

Menawarkan pendekatan latihan yang memperkukuh keupayaan pendidik, pentadbir institusi pendidikan dan tenaga pengajar dalam metodologi pengajaran, pembangunan kurikulum dan budaya ilmu.

Penyelidikan

Menggalakkan penghasilan dapatan kajian yang menyokong dasar dan strategi pembangunan insan merangkumi kajian pembangunan modul, kompetensi dan analisa keperluan latihan.

Pentadbiran

Meningkatkan kecekapan dan akauntabiliti dalam pengurusan organisasi, termasuk pengurusan sumber manusia, kewangan dan aset serta sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap dan beretika.

Dakwah & Komunikasi

Mengasah kebolehan komunikasi strategik dan penyampaian mesej Islam yang hikmah dalam konteks kepimpinan, media, kemasyarakatan serta persekitaran pentadbiran.

Penyampaian Dasar

Membina kefahaman menyeluruh dan kemahiran pelaksanaan dasar kerajaan melalui modul latihan yang menyelaras antara matlamat dasar dan impak kepada rakyat.

Scroll to Top