Piagam Pelanggan
Kami berjanji memberikan perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan kami dengan:
Menghebahkan penawaran program dalam tempoh 1 bulan.
Memberi maklum balas status permohonan program dalam tempoh 2 minggu sebelum pelaksanaan.
Menyediakan penceramah & perunding latihan kompeten.
Mengurus kursus dengan cekap.
Memastikan Prasarana serta keperluan latihan berfungsi dengan baik.
Memastikan bayaran semua perkhidmatan dibuat dalam tempoh 14 hari selepas dokumen lengkap diterima.
Memberi maklum balas terhadap setiap aduan dan pertanyaan dalam tempoh 7 hari bekerja.
Memberi maklum balas permohonan penggunaan prasarana dalam tempoh 7 hari selepas permohonan diterima.
