Β 

π— π—’π——π—¨π—Ÿ 𝗦𝗠𝗔π—₯𝗧 π—œπ—§π—€π—”π—‘, π—£π—˜π—₯π—žπ—¨π—žπ—¨π—› 𝗕𝗨𝗗𝗔𝗬𝗔 π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔 π—–π—˜π— π—˜π—₯π—Ÿπ—”π—‘π—š

KOTA BHARU, 8 Januari 2026 – Penekanan terhadap prestasi kerja berkualiti dan pembinaan budaya kerja cemerlang dalam kalangan penjawat awam Negeri Kelantan terus diperkukuh melalui pembangunan Modul Bimbingan dan Kaunseling – Modul Smart Itqan berasaskan prinsip β€˜Ubudiyah, Mas’uliyah dan Itqan (UMI).

Modul tersebut telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan sempena Majlis Amanat Tahun Baru 2026 dan Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kelantan yang berlangsung di Dewan Tok Guru Dato’ Bentara Setia, Kota Darulnaim, hari ini.

Selaras dengan hala tuju perkhidmatan awam Negeri Kelantan, YBM Tengku Kaya Perkasa, Dato’ Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Kelantan menekankan bahawa pelaksanaan Modul Smart Itqan turut memberi fokus kepada aspek kesejahteraan psikologi penjawat awam sebagai asas pembinaan ketahanan mental dan emosi, di samping peningkatan prestasi dan keupayaan profesional dalam persekitaran kerja yang semakin mencabar.

Β 

Sementara itu, Pengarah Institut Latihan Darul Naim (ILDAN), Dr. Azizi Umar memaklumkan bahawa Modul Smart Itqan dibangunkan dengan kerjasama strategik antara Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)Β bagi memperkasakanΒ pegawai dalam menangani isu pekerja berisiko, selain meningkatkan kemahiran kepimpinan dan bimbingan profesional berlandaskan model pemikiran Imam al-Ghazali. Modul ini turut merangkumi elemen pengurusan kewangan, kesihatan mental, motivasi diri serta pemantapan integriti dalam kerjaya.

Tambah beliau, pelaksanaan Modul Smart Itqan diperkukuh melalui Kursus Pemantapan Pembimbing Modul yang telah melibatkan lebih 30 orang jurulatih daripada pelbagai agensi, termasuk pegawai psikologi, wakil Urus Setia Kerajaan Negeri Kelantan, Ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, serta wakil Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Pembangunan Modul Smart Itqan yang berteraskan nilai U.M.I. ini dirangka bagi meningkatkan kompetensi, sahsiah kerja dan keberkesanan pelaksanaan tugasan, khususnya dalam kalangan penjawat awam berprestasi rendah, selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Kelantan untuk melahirkan perkhidmatan awam yang berintegriti, sejahtera dan berorientasikan kecemerlangan menyeluruh.

#PenghayatanMembangunBersamaIslam
#smartitqan
#memacukecemerlangan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top