Kunjungan Hormat dan Taklimat Program TVETec Malaysia & Kejurulatihan Bina Insan Negara

20 Februari 2025 | Nilai Springs Resort Hotel
Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) bersama Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, Pengerusi TVETec Malaysia, dan Mejar (B) Mohd Yusof Bin Zainuddin, Pengarah TVETec Malaysia bagi mendapatkan pendedahan mengenai pelaksanaan Program TVETec Malaysia dan Program Kejurulatihan Bina Insan Negara.
Perbincangan ini menekankan peluang latihan kemahiran yang selaras dengan keperluan industri serta inisiatif meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja di Kelantan. Usaha ini diharap dapat memperkasakan pembangunan modal insan dan memperluaskan akses kepada program latihan berkualiti bagi memenuhi permintaan sektor pekerjaan yang semakin berkembang.
Delegasi yang hadir terdiri daripada YBrs En. Borhanuddin Ahmad (Pemangku Pengarah ILDAN), YBrs En. Muhammad Syazwan Bin Che Mohd Ariff (Penolong Pengarah, Khidmat Pengurusan ILDAN), YB Dato’ Abdul Rahman Yunus (Presiden BBC), YB Hj Zuraidin Abdullah (Setiausaha BBC), YBM Hj Ku Zaki Ku Hussein (Bendahari BBC), YB Dato’ Abd Hadi Awang Kechil, YB Hj Saizol Ismail, YB Hj Zubir Abu Bakar, serta En. Khairul Padli Baduldin (Timbalan Pengarah, Unit Pemantauan dan Pelaksanaan Strategik (SPARK), Pejabat Menteri Besar Kelantan).

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top