ILDAN TEROKA DATA PENDIDIKAN LANJUTAN KAKITANGAN NEGERI

KOTA BHARU, 12 Januari 2026 – ILDAN telah menganjurkan Diskusi Meja Bulat (RTD) Pemerkasaan Pengajian Lanjutan yang berlangsung di Bilik Seminar ILDAN. Diskusi ini melibatkan ahli akademik dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dan wakil agensi dari PMBK, PKINK, MAIK, YTK, dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) negeri. 

Diskusi ini bertujuan membantu agensi-agensi negeri dalam pembangunan pendidikan lanjutan dan kesarjanaan dalam kalangan kakitangan negeri. Sekaligus memanfaatkan sarjana Kelantan dalam pementoran, penyeliaan dan bimbingan kesarjanaan kakitangan negeri melalui pengiktirafan universiti dan pihak berautoriti. 

Menurut Dr. Azizi Umar, Pengarah ILDAN, diskusi ini telah memberikan fokus kepada keperluan kewujudan Makmal Strategik Sarjana Darul Naim. Beliau turut memperincikan bidang keperluan kritikal, skop pensarjanaan, tempat pengajian, mod dan yuran pengajian, kemudahan cuti belajar, sumber dana pembiayaan, dan cabaran dalam proses pengajian. Setiap agensi perlu mempunyai satu laporan data lengkap mengenai pendidikan lanjutan kakitangan bagi tujuan perancangan dan pembangunan kerjaya pada masa depan.



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top