Skop Latihan
ILDAN ialah institusi latihan rasmi Negeri Kelantan yang memacu pembangunan insan secara menyeluruh berteraskan wahyu, kompetensi profesional dan nilai Islam. Skop latihan disusun mengikut keperluan kepimpinan, pentadbiran, dakwah, pendidikan dan penyampaian dasar.
Kursus
Program latihan berstruktur untuk meningkatkan kompetensi profesional dalam pelbagai bidang seperti kepimpinan, tadbir urus, pengurusan organisasi, komunikasi strategik dan pelaksanaan dasar.
Bengkel Kejurulatihan (TOT)
Sesi intensif bagi membina keupayaan jurulatih berkredibiliti yang mampu menyampaikan ilmu secara efektif serta memperkukuh ekosistem latihan melalui pendekatan praktikal dan interaktif.
Pementoran / Perundingan
Khidmat bimbingan dan konsultasi secara individu atau organisasi dalam pembangunan kapasiti, pelaksanaan modul dan transformasi strategi operasi organisasi kerajaan atau berkaitan.
Bengkel Strategik
Platform perancangan strategik secara berfokus bagi membantu organisasi menggubal hala tuju, pelan tindakan dan penyelarasan dasar selaras dengan aspirasi Negeri Kelantan.
Bicara / Dialog / Diskusi
Sesi wacana ilmiah dan perkongsian ilmu secara terbuka melibatkan ilmuwan, profesional dan pentadbir dalam memahami isu semasa, pengukuhan dasar dan penerapan nilai Rabbani.
Persidangan / Seminar / Kongres
Penganjuran program berskala besar yang menghimpunkan peserta pelbagai latar belakang bagi menyampaikan dapatan kajian, mengupas isu dasar serta memperkukuh jaringan kepakaran.
