Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

KEM STRAIGHT A (PROGRAM GEMILANG AKADEMIK)

October 23, 2025 - October 25, 2025
Kem Straight A SPM (Program Gemilang Akademik) akan berlangsung pada 23–25 Oktober 2025 bersamaan 01–03 Jamadil Awal 1447H bertempat di PCB Beach Resort, Kota Bharu. Program ini menghimpunkan seramai 150 orang pelajar cemerlang dari sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang dikenal pasti melalui rekod pencapaian akademik masing-masing.
Fokus utama kem ini ialah penguasaan teknik menjawab soalan, pengukuhan subjek-subjek teras SPM, serta bimbingan motivasi dan kerohanian oleh barisan tenaga pengajar berpengalaman. Usaha ini diharap dapat membina budaya belajar yang berkesan, memperkukuh keyakinan diri, dan melahirkan lebih ramai calon Straight A SPM dari Negeri Kelantan.
Semoga program ini berlangsung dengan jayanya dan menjadi pemangkin lahirnya generasi pelajar rabbani yang cemerlang dunia dan akhirat.

Details

  • Start: October 23, 2025
  • End: October 25, 2025

Organizer

  • ILDAN