Program Seksyen
Berfungsi sebagai Institut Latihan Awam Negeri Kelantan maka kami telah membahagikan Kursus-kursus dalam lima Seksyen Utama
SEKSYEN PROFESIONALISME PENDIDIKAN
Seksyen Profesionalisme Pendidikan berperanan memperkasa keupayaan dan profesionalisme para pendidik melalui latihan berstruktur yang berteraskan nilai Rabbani, kompetensi pedagogi semasa, dan pembinaan sahsiah. Seksyen ini menjadi nadi utama dalam memperkukuh jati diri guru selaras dengan aspirasi Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK).
Selari dengan Penghayatan Dasar Membangun Bersama Islam (PMBI), Seksyen ini turut memberi penekanan kepada pembangunan sahsiah dan kepimpinan pendidik serta pegawai kerajaan sebagai agen pelaksana dasar yang berintegriti. Melalui pendekatan latihan yang menghayati konsep Ubudiyah, Mas’uliyah dan Itqan (UMI), Seksyen ini menekankan elemen amanah, akauntabiliti dan kualiti dalam setiap tugasan, demi melahirkan penjawat awam dan warga pendidik yang bukan sahaja kompeten, tetapi juga berjiwa Rabbani.
➔ KURSUS UTAMA SEKSYEN PROFESIONALISME PENDIDIKAN
1. Bengkel Penyediaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (RPH) untuk Pelaksanaan i- Baraka 2025.
SEKSYEN PEMBANGUNAN KOMPETENSI
➔ PENGENALAN :
Seksyen Pembangunan Kompetensi berperanan sebagai tonggak utama dalam usaha memperkasa keupayaan dan kebolehan penjawat awam Negeri Kelantan serta agensi-agensi kerajaan negeri melalui pendekatan latihan berstruktur yang menyeluruh dan berterusan.
Fokus utama seksyen ini adalah untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan penjawat awam menerusi pembangunan kemahiran insaniah dan kemahiran teknikal yang selaras dengan keperluan perkhidmatan semasa serta matlamat Dasar Membangun Bersama Islam.
Latihan yang dirancang memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran insaniah seperti kepimpinan, komunikasi berkesan, pemikiran berstrategi dan nilai integriti, di samping memperkukuh penguasaan kemahiran teknikal yang berkait rapat dengan fungsi jabatan masing-masing.
Pendekatan menyeluruh ini diyakini dapat membentuk ekosistem kerja yang lebih cekap, beramanah dan berintegriti, seterusnya mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatan awam di peringkat negeri.
➔ KURSUS UTAMA SEKSYEN PEMBANGUNAN KOMPETENSI
Kursus Komunikasi Organisasi Berimpak
Kursus Pemantapan Imej dan Penampilan Profesional (Wanita)
SEKSYEN KHIDMAT PENGURUSAN
➔ PENGENALAN :
Seksyen Khidmat Pengurusan merupakan tunjang utama kepada kelancaran urus tadbir dan sokongan operasi di Institut Latihan Darul Naim (ILDAN). Seksyen ini memainkan peranan strategik dalam memastikan pengurusan sumber manusia, kewangan, perolehan, logistik dan penyelenggaraan fasiliti institusi dilaksanakan secara cekap, berintegriti dan sistematik.
Berteraskan prinsip ‘Ubudiyah, Mas’uliyah dan Itqan (UMI), Seksyen Khidmat Pengurusan komited menyokong agenda penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang berdaya saing, telus dan responsif.
Selain berperanan sebagai penyelaras pentadbiran, seksyen ini juga menjadi pemacu utama dalam penganjuran kursus-kursus berkaitan pengurusan pejabat, etika kerja dan pembangunan nilai profesional dalam kalangan penjawat awam Negeri Kelantan.
➔ KURSUS UTAMA SEKSYEN KHIDMAT PENGURUSAN
Kursus Generative AI untuk Penyediaan Dokumen Kerajaan dan Penyelidikan
Bengkel Pelan Strategik ILDAN
Bengkel Pemantapan dan Pemerkasaan Media Melalui Kecerdasan Buatan (AI)
Bengkel Pembangunan Kepimpinan : Penghayatan Membangun Bersama Islam
(BBEKAH 1.0)
SEKSYEN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MODUL
➔ PENGENALAN :
Seksyen Penyelidikan dan Pembangunan Modul merupakan komponen penting di Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) yang berperanan menyelia dan memantau projek penyelidikan berkaitan latihan, pendidikan dan pembangunan insan. Seksyen ini memastikan setiap modul yang dibangunkan selaras dengan Dasar Membangun Bersama Islam (MBI), berteraskan prinsip UMI (‘Ubudiyah, Mas’uliyah dan Itqan) serta memenuhi keperluan semasa sektor awam dan dasar Kerajaan Negeri Kelantan. Melalui pendekatan berasaskan kajian empirikal dan penilaian impak latihan, seksyen ini berperanan penting dalam memastikan keberkesanan program ILDAN terhadap pembangunan kompetensi penjawat awam dan pembentukan masyarakat berpengetahuan di negeri ini.
Antara fungsi utama seksyen ini termasuk menjalankan kajian keperluan latihan (Training Needs Analysis) bagi mengenal pasti jurang kompetensi, membangun serta menyemak semula modul latihan secara berkala, dan mereka bentuk modul baharu berdasarkan dasar terkini kerajaan negeri serta aspirasi pembangunan sumber manusia. Selain itu, seksyen ini turut melaksanakan penilaian impak latihan (Post-Training Evaluation) dan menjalankan penyelidikan berkaitan dasar pendidikan dan latihan negeri bagi menyokong pembangunan kandungan latihan yang strategik, relevan dan berasaskan data.
➔ KURSUS UTAMA SEKSYEN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MODUL
Penerbitan Buletin ILDAN
Penerbitan Modul Smart Itqan
SEKSYEN PEMBANGUNAN INSAN DAN KOMUNITI
➔ PENGENALAN :
Seksyen Pembangunan Insan dan Komuniti berperanan sebagai peneraju dalam memperkukuh jati diri, nilai-nilai Rabbani dan pengukuhan sosial dalam kalangan penjawat awam, pelajar, dan masyarakat umum. Selaras dengan Dasar Penghayatan Membangun Bersama Islam (PMBI) dan aspirasi Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK), seksyen ini memberi tumpuan kepada pembinaan sahsiah, penghayatan nilai Ubudiyah, Mas’uliyah dan Itqan (UMI), serta pemerkasaan budaya kerja berintegriti, beretika dan menyumbang kepada kesejahteraan komuniti.
Melalui program-program latihan dan pembangunan yang dirangka, seksyen ini turut berfungsi sebagai medium untuk membina komuniti yang harmoni, berpandangan jauh dan bertanggungjawab, sejajar dengan gagasan Budaya Komuniti Rabbani (K-RABB) sebagai model masyarakat berteraskan nilai Islam.
Penyebaran budaya K-RABB kepada komuniti dilaksanakan melalui pelbagai pendekatan strategik. Antaranya ialah penganjuran program latihan dan pendidikan kepada kumpulan sasar seperti penjawat awam, belia, pelajar dan penduduk setempat yang memberi fokus kepada penghayatan dan aplikasi 9 budaya K-RABB dalam kehidupan harian. Di samping itu, pelibatan institusi sosial seperti masjid, surau, pusat komuniti dan NGO turut digerakkan bagi memperkukuh nilai-nilai Rabbani melalui aktiviti kemasyarakatan dan dakwah. Platform media digital juga digunakan secara aktif untuk menyebarkan mesej K-RABB melalui video, infografik dan kempen kesedaran awam.
Selain itu, ILDAN turut memainkan peranan penting dalam melatih tenaga penggerak dan fasilitator komuniti agar nilai-nilai ini dapat disebarluaskan secara sistematik dan berterusan. Usaha ini turut disokong dengan pelaksanaan program khidmat komuniti, aktiviti sosial berteraskan nilai dan kerjasama lintas agensi.
Secara keseluruhan, K-RABB bukan hanya slogan, tetapi suatu gerakan nilai yang holistik dan inklusif, ke arah membina masyarakat yang hidup dalam acuan Rabbani yang harmoni, prihatin dan bertanggungjawab.
➔ KURSUS UTAMA SEKSYEN PEMBANGUNAN INSAN DAN KOMUNITI
Bengkel Pembinaan Kerangka Kitab Halaqah Rabbaniah
Bengkel Strategik Komuniti
Bengkel Kejurulatihan Kepimpinan Demokrasi Negeri Kelantan
PerbincanganPemerkasaanTahfiz
