PEMBINAAN MODUL & DASAR
ILDAN berperanan aktif dalam membangunkan modul latihan dan menyokong penyediaan dasar yang relevan dengan keperluan semasa negeri dan organisasi. Pembinaan modul dan dasar ini dilaksanakan secara strategik untuk memperkukuh pelaksanaan latihan serta memperjelas hala tuju pembangunan insan di Kelantan.
Antara skop utama perkhidmatan ini meliputi:
Mereka bentuk modul latihan yang berpaksikan wahyu (W-PASKi) dan kompetensi semasa, merangkumi bidang seperti kepimpinan, dakwah, pentadbiran, komunikasi, dan penyampaian dasar.
Menyesuaikan kandungan modul mengikut keperluan agensi atau kelompok sasaran, sama ada untuk penjawat awam, GLC, institusi pendidikan atau NGO.
Menyumbang kepada pembangunan dan penggubalan dasar latihan.
Membina modul TOT (Training of Trainers) untuk memperkasa tenaga pengajar dalaman agensi.
Membantu organisasi menerapkan nilai U.M.I., Rabbani, profesionalisme dan budaya kerja berintegriti dalam modul atau dasar sedia ada.
Melalui pendekatan ini, ILDAN memastikan setiap latihan yang dilaksanakan bukan sahaja memberi kesan kepada kemahiran teknikal, tetapi turut menyemai nilai-nilai Islam yang menjadi teras pembangunan masyarakat dan negara.
