Perundingan Latihan

ILDAN turut menyediakan khidmat perundingan latihan sebagai salah satu teras perkhidmatan dalam membangunkan keupayaan organisasi dan agensi di peringkat negeri. Perkhidmatan ini dirangka untuk menyokong perancangan, pelaksanaan dan penambahbaikan sistem latihan agar selaras dengan objektif pembangunan insan dan hala tuju strategik kerajaan negeri.

Menyusun pelan latihan tahunan yang bersasar dan berimpak tinggi

Membangunkan modul dan kandungan latihan yang bersesuaian dengan keperluan organisasi

Menilai keberkesanan pelaksanaan latihan serta impaknya kepada penyampaian perkhidmatan

Membimbing pelaksanaan latihan dalaman dan penyediaan jurulatih organisasi (in-house trainers)

Menyelaras latihan dengan keperluan dasar, nilai U.M.I., Rabbani dan keutamaan kerajaan negeri

Scroll to Top