RASIONAL LOGO

Logo ILDAN direka dengan membawa elemen-elemen penting yang mencerminkan matlamat institusi dalam membina insan berilmu, berakhlak, dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi kerajaan negeri Kelantan. Berikut adalah penerangan elemen-elemen utama dalam logo:

1.  Dua Buah Kubah

Melambangkan dua insan yang terlibat dalam proses pembangunan insan melalui latihan: Kubah bawah berbentuk bulatan (kepala): Melambangkan pelatih (murid dewasa) yang perlu diberikan pelbagai kompetensi dalam minda untuk lebih berdaya saing. Kubah kedua berbentuk empat segi (tubuh): Melambangkan seorang jurulatih (guru) atau perunding latihan yang profesional dan berpengalaman diperlukan.

2.  Bulan Bintang  

Bulan bintang adalah lambang keagungan Islam yang menjadi matlamat akhir pembangunan insan atau latihan. Lambang bulan bintang juga adalah identiti bendera Kelantan yang menekankan nilai semangat anak watan.

3.  Tulisan Jawi  

Tulisan jawi diutamakan sebagai ejaan ringkas sebagai simbolik tulisan asal bahasa Melayu yang perlu dihidupkan semula secara konsisten seperti mana yang terpahat dalam jata negeri Kelantan.

4.  Logo Jata Kerajaan Negeri Kelantan  

Logo negeri ini dipilin bagi memperkuatkan identiti negeri dan rakyat Kelantan yang perlu dibangunkan keinsanan dengan sewajarnya.

5.  Kitab Al-Quran  

Lakaran kitab Al-Quran dan helaian terbuka melambangkan modul yang dibangunkan perlu berasaskan sumber wahyu dan warisan ulama sebagai teras modul selain pengetahuan lain mengikut keperluan semasa.

6.  Tulisan "ILDAN"

ILDAN adalah ringkasan daripada Institut Latihan Darul Naim yang dinamakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan bagi sesebuah organisasi latihan.

7.  Warna Rasmi Logo  

Logo ini menggunakan empat warna dengan tiga warna berimej terang dan muda bagi menekankan kepentingan pelapis penggantian kepimpinan organisasi: Merah: Warna rasmi Kerajaan Negeri Kuning: Warna lambang institusi diraja yang menjadi payung dan perlindungan rakyat. Hijau: Lambang kesejahteraan yang dicita-citakan oleh rakyat negeri Hitam (tulisan jawi): Titik noktah yang perlu dipertahankan identiti
Scroll to Top