Dari Kata ke Tindakan: Membina Pegawai Berdaya Saing
Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) telah mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Kursus Komunikasi Organisasi Berimpak sebagai inisiatif strategik dalam memperkukuh keupayaan komunikasi pegawai Pusat Khidmat Dun selaras dengan tuntutan perkhidmatan awam masa kini. Kursus ini dirangka bagi meningkatkan kefahaman peserta terhadap konsep komunikasi berimpak, memperkasa kemahiran komunikasi interpersonal dan komunikasi awam, serta membentuk keupayaan mengurus emosi dan tekanan dalam situasi yang mencabar. Melalui pendekatan yang komprehensif dan praktikal, kursus ini menyasarkan pembentukan pegawai yang profesional, berkeyakinan tinggi dan berorientasikan penyelesaian dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat.





Program ini akan dilaksanakan pada 15 Februari 2026 bersamaan 27 Syaaban 1447H (Ahad), bertempat di Bilik Seminar ILDAN, Tingkat 1. Kursus ini akan dikendalikan oleh barisan jurulatih berpengalaman iaitu Dr. Azman bin Bidin dan Dr. Hasnah binti Ab. Kadir, Pensyarah dari Universiti Malaysia Kelantan, serta Encik Muhammad Hazwan bin Husin, Penolong Pengurus Bahagian Khidmat Teknikal dari Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. Gabungan kepakaran akademik dan pengalaman industri ini diyakini mampu memberikan impak signifikan terhadap peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan pegawai PKD.
