Dasar Qawwamah Lelaki Kelantan (DQLK)
Pengenalan DQLK
Dasar Qawwamah Lelaki Kelantan (DQLK) memberi tumpuan khusus kepada pembangunan dan pembinaan lelaki pada semua peringkat umur sebagai individu yang penting dalam kepimpinan generasi hari ini dan akan datang.
DQLK bertindak sebagai hala tuju untuk panduan pelaksanaan dan penguatkuasaan kepada kerajaan negeri dan pihak bukan kerajaan yang bertanggungjawab dan berkepentingan untuk membentuk lelaki yang qawwam.
Rasional DQLK
- Memenuhi matlamat Dasar Membangun Bersama Islam;
- Menyokong Dasar Kanak-Kanak Fitrah Kelantan (DKF), Dasar Keluarga Mawaddah, Dasar Wanita Kelantan dan Dasar Anak Muda Kelantan;
- Mewujudkan polisi, sistem dan kemudahan untuk persekitaran kehidupan yang kondusif, selamat dan sejahtera untuk warga emas di negeri Kelantan.
Qawwam
Matlamat Program DQLK
Meningkatkan Kesedaran
Pendedahan mengenai konsep qawwamah dalam Islam.
Memperkasa Kepimpinan Lelaki
Melahirkan individu bertanggungjawab, berintegriti & menjadi teladan dalam keluarga serta komuniti.
Mengurangkan Gejala Sosial
Menangani isu sosial akibat kegagalan peranan lelaki sebagai qawwam.
Memperkukuh Institusi Kekeluargaan
Mwujudkan keluarga harmoni dan sejahtera berdasarkan prinsip Islam.
Bentuk Program DQLK
- Kempen Kesedaran Lelaki Qawwam
- Program Pendidikan Lelaki Qawwam
- Kesejahteraan Lelaki
- Pengiktirafan dan Anugerah
- Forum & kuliah kesedaran di masjid, surau, IPT & sekolah.
- Usrah guru, kakitangan, pelajar, PIBG.
- Kempen digital melalui media sosial & televisyen.
- Tayangan video pendek tentang peranan lelaki.
- Modul khas di sekolah.
- Bengkel Kepimpinan Qawwam.
- Kursus Keibubapaan Islam.
- Latihan Kepimpinan Masyarakat.
- Program bimbingan untuk suami & bakal suami, IPT, komuniti & khutbah Jumaat.
- Kempen kesihatan lelaki (saringan kesihatan).
- Klinik kaunseling lelaki.
- Program kesedaran pengurusan kewangan ketua keluarga.
- Hari Keluarga Qawwam
- Program Big Hero
- Hari Iqra
